RSS

ahlan wasahlan ya abi baru










assalamualaikum semua..sihat x hari  ni??iman guane??ok??harap2 iman ok la ye..insyaAllah..em..actually nak habaq mai hari ni japim dpt member baru..mesti ustaz2 di JAPIM excited kan tunggu kemunculan ustaz nie..hehehe..bukan ape,dengan bertambahnya ahli japim seorang lagi,insyaAllah..bertambah mant0pla kepipimpinan dan kewibawaan japim..dah alang2 sebut tentang ustaz baru nie..jom kite check it out siape ustaz baru kite nie.. kita berkenal2an dulu ngan tuan punye badan..baru bes....trumm trrr trrr!!!(bunyi drum konon nak buat saspens)


name ustz nie x lain x bukan ustz zamri bin rajab(bukan ustaz zamri mari mengaji ye)

dulu khoje di ipg rajang

(nie semue sumber dri maria taw..kalau salah infomation jangan salahkn saya tapi MARIA..haha)..ape lagi ye nak cerite pasal ustaz nie?? x sempat lagi la nak interview ustaz nie..so x tahu nak cerite ape dah..hehe..yg pasti ustaz nie berstatus SUDAH BERKAHWIN ok..so,jgan nk berangan2la student pompuan kt lua sane..borang dah ditutup..hihihihi..rasenya itu je kot post kali nie..saje nak memperkenalkan ustaz baru..rase excited x hilang lagi nieh..hehehe...apepun,ahlan wasahlan to ustaz zamri..mge dpt mnyesuaikan diri di ipg nie..insyaAllah..


p/s:bile la nak dapat umi baru ye?asyik dapat abi baru ja...tapi ok je sebenaqnye..hoho

yang bebeno:anak-anak perok^^
mari baca lagi "ahlan wasahlan ya abi baru"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BLOG JAPIM DALAM PEMBINAAN

salam...kepada warga JAPIM...blog JAPIM KSM masih lagi dalam pembinaan atau lebih dikenali dengan ayat under construction..jadinya sebarang komen,cadangan mahupun kritikan amatlah diharapkan..


sekian

yang melaporkan:abahmu
mari baca lagi "BLOG JAPIM DALAM PEMBINAAN"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAKZIAH

Assalamu'alaikum wbr.

Para pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral(JAPIM)IPGKSM merakamkan ucapan takziah kepada saudari Siti Fatimah bt Azmi,pelajar Unit Pendidikan Islam/sem.3 PPISMP diatas kehilangan bapa beliau yang kembali ke rahmatullah pada hari Selasa 9 Nov 2010.Sehubungan itu para pensyarah dan guru-guru pelatih IPGKSM telah mengadakan majlis tahlil usai solat Zohor di Surau al-Firdaus.

Semoga saudari Siti Fatimah dan ahli keluarganya bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.Marilah sama-sama kita menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada arwah dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin dan siddiqin.
mari baca lagi "TAKZIAH"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalamualaikum wwbrkth,

Kepada Semua Mahasiswa/wi IPG KSM - Khususnya PAI 1 dan 2, Selamat Menempuh peperiksaan akhir semester 2010. Semoga anda semua diberi kekuatan diri, kesihatan yang baik, ketenangan dan kesejahteraan dalam menghadapi ujian ini. Jagalah adab-adab sebelum dan semasa menduduki peperiksaan. Berdoalah serta iringi dengan solat hajat sebagai salah satu usaha, ikhtiar dan tawakal.

Semoga kejayaan mengiringi anda semua.

Dr : Pensyarah unit JAPIM-IPSM.
mari baca lagi "Assalamualaikum wwbrkth,"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam..

Ucapan Tahniah dan Terimakasih dari Pensyarah JAPIM buat:

Aimi Sakinah
Nuruldiyanah
Supiah

Atas kejayaan mereka mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan bahas antara unit anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPSM.

Semoga bakat yang ada pada anda daopat diperkembangkan lagi.

Tak sangka, PAI boleh ..., cayalah.

(Frm: Cucu Tok MErah-JAPIM)
mari baca lagi "salam.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin

Sedarkah kita selama ini di dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya di sana Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?


Berkenaan dengan menguap, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya, hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Manakala berkenaan dengan bersin pula, ia adalah suatu yang disukai oleh Allah, yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas),


يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ


“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,

“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:

يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:

يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).”(Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)

~renung2kan dan slmt beramal~

mari baca lagi "Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Amalan Yang Dituntut Ketika Dan Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri




Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-

1)Kita digalakkan berdoa ketika malam raya, ambillah kesempatan dan doalah sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. Lupakan persiapan raya kerana sepatutnya kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah.

2)Takbir raya. Memuji kebesaran Allah SWT setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

3)Mandi sunat hari raya Aidilfitri. Kita digalakkan mandi solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb) supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.

4)Memakai wangi-wangian. Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.

5)Makan sedikit dalam angka yang ganjil. Rasulullah SAW memakan sedikit buah tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.

6)Mengucapkan salam dan selamat kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan sepanjang hari raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga Allah menerima doa aku dan kamu, supaya Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan.

7)Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza. Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam dihari mulia itu.

8)Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan bumi. Apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan Allah SWT.

9)Ziarah menziarahi. Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya insyaAllah yang lawan menjadi lawan, yang keras menjadi lembut, yang tertutup menjadi buka. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya.

10)Puasa 6 dibulan Syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah. Timbul pula persoalan bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? Jawapan yang paling tepat, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. Lakukan secara berasingan.

Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah. Sebar-sebarkanlah demi melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada Allah dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Wassalam

p/s : pd sspe yg xbrksmpatan ntuk melakukan spt amlan diatas..moh le kte brazam ntuk melakukannya pd syawal dpan nnti..insyaAllah..

mari baca lagi "10 Amalan Yang Dituntut Ketika Dan Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...