RSS

Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin

Sedarkah kita selama ini di dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya di sana Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?


Berkenaan dengan menguap, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya, hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)

Manakala berkenaan dengan bersin pula, ia adalah suatu yang disukai oleh Allah, yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)

Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)

Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas),


يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ


“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)

Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,

“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:

يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:

يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)

Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).”(Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)

~renung2kan dan slmt beramal~

mari baca lagi "Petunjuk Sunnah Ketika Menguap & Bersin"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Amalan Yang Dituntut Ketika Dan Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri




Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-

1)Kita digalakkan berdoa ketika malam raya, ambillah kesempatan dan doalah sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. Lupakan persiapan raya kerana sepatutnya kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya kerana waktu doa mustajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah.

2)Takbir raya. Memuji kebesaran Allah SWT setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan Ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

3)Mandi sunat hari raya Aidilfitri. Kita digalakkan mandi solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb) supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap Allah SWT.

4)Memakai wangi-wangian. Rasulullah SAW memakai wangi-wangian ketika menunaikan solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang.

5)Makan sedikit dalam angka yang ganjil. Rasulullah SAW memakan sedikit buah tamar (atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak berpuasa lagi pada hari raya. Jika tiada, minumlah sedikit air.

6)Mengucapkan salam dan selamat kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan sepanjang hari raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga Allah menerima doa aku dan kamu, supaya Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan.

7)Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza. Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama Islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam dihari mulia itu.

8)Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan bumi. Apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan Allah SWT.

9)Ziarah menziarahi. Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak-saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan. Keberkatan pada Hari Raya insyaAllah yang lawan menjadi lawan, yang keras menjadi lembut, yang tertutup menjadi buka. Pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya.

10)Puasa 6 dibulan Syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Subhanallah. Timbul pula persoalan bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? Jawapan yang paling tepat, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. Lakukan secara berasingan.

Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah. Sebar-sebarkanlah demi melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada Allah dan beramal dengan sunnah Rasulullah SAW. Wassalam

p/s : pd sspe yg xbrksmpatan ntuk melakukan spt amlan diatas..moh le kte brazam ntuk melakukannya pd syawal dpan nnti..insyaAllah..

mari baca lagi "10 Amalan Yang Dituntut Ketika Dan Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalamualaikum wbrkth,

Seluruh warga JAPIM-IPSM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maa Zahir dan Batin kepada Seluruh Umat Islam di mana sahaja berada khususnya kepada seluruh warga IPSM-Besut Terengganu. Hiasilah lebaran ini dengan takbir dan tahmid, hulurkan salam buat sesama insan, mohonlah maaf dan berilah kemaafan kepadanya semoga hidup kita sentiasa dalam keadaan di Redhai Allah swt. Amin ya Rabbal alamin.


mari baca lagi " "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenali Aidilfitri


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Credit to: Amar Razali

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA WARGA JAPIM IPG KSM DAN PELAJAR2 PENGAJIAN ISLAM DAN ALQURAN

Tenta Pena: ~dya adriza~
mari baca lagi "Kenali Aidilfitri"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makna Tersirat di Sebalik Iklan Sinari Lebaran



Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan..

Saya yakin, ramai di antara kita yang telah pun menonton iklan ini. Iklan Sinari Lebaran yang ditayangkan di TV3 mengundang pelbagai spekulasi dari banyak pihak. Berlatarbelakangkan hari raya Aidlifitri, tetapi terdapat beberapa unsur iluminati di situ.

Kalau tak pernah tonton lagi, sila klik video di atas. Dan di bawah ini, hasil pencarian lanjut saya tentang makna tersirat iklan tersebut, saya lampirkan jawapan kepada makna tersirat yang mengundang spekulasi itu.

Sila nilai dengan mata hati anda..

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran




Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light) 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.



Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang hal ini. Tambahan lagi, TV3 telah mengambil langkah bijak dengan menarik balik iklan tersebut dan memohon maaf di atas kesalahan menayangkan iklan yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Namun, tidak salah rasanya jika saya kongsikan perkara ini untuk menjadi pengajaran dan rujukan kita di masa hadapan. Akhir kata, salam Ramadhan buat semua dan semoga kita menikmati detik2 terakhir ramadhan yang mulia ini dengan amal ibadah yang diberkati. Amin..

Credit to: Suara Satu Hikayat

Tinta Pena: ~dya adriza~
mari baca lagi "Makna Tersirat di Sebalik Iklan Sinari Lebaran"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yakinlah Setiap Kejadian Ada Hikmahnya

salam..apa khabar iman antunna wa antum di rumah??ramadhan hampir meninggalkan kita kan??sedih pun ada...jadi di kesempatan ni..isi masa yang ada dengan membaca kisah di bawah ni..mari yuk!

Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda.Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.Orang kampung yang mengetahui hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu,"Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok. TentuTok sedih..."

Sebaliknya, Tok Penghulu tersenyum lalu berkata:

"Tak apalah. Mesti ADA HIKMAHNYA...".

"Apa hikmahnya Tok?".

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya.."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Mungkin sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung", begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok Penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana satu petang, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu patah kaki kanannya.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib Tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula,"kata mereka.

Tok penghulu tersenyum dan berkata"INI UJIAN ALLAH. Tentu ADA HIKMAHNYA."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja perintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!"arah ketua tentera.

Semua ibu-bapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" kata ketua tentera sambil menuding jarinya kepada anak Tok Penghulu.

Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang-ngiang kata-kata dari mulut Penghulu mereka,"MESTI ADA HIKMAHNYA..."

IBRAH: Ambil kos PAI ni memang banyak cabarannya...kita memang sentiasa dipandang hatta seremeh-remeh perbuatan pun orang akan tengok..cacian cercaan wal umpatan akan pasti kita hadapi,kadangkala kita rasa terbeban, rasa x mampu nak bawak kos ni...rasa diri x baik,tapi yakinlah ALLAH ADA PERANCANGAN YANG TERBAIK UTK KITE...pikirkan kesan jangka masa panjang...pasti ada hikmah di akhir sem nanti x pun esok.luse tulat tahun depan ke...jadi...berbangga dengan title BUDAK PAI...bukan bangga tanda riak ke ape...tapi rasa ikhlas dan semangat memegang title sbg BUDAK PAI yg nantinya akan melahirkan ustaz au ustazah yang berjasa utk nusa dan bangsa satu hari nanti...BERSABAR DGN SETIAP UJIAN KERANA DI SEBALIK MUSIBAH PASTI ADA HIKMAH...yakin boleh!!


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDL WAL FAIZIN....dan sebelum tu pertingkatkan amalan di akhir2 ramadhan ini..moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu...amin........


ikhlas wal mukhlis: h-l-o-v-a-t-e
mari baca lagi "Yakinlah Setiap Kejadian Ada Hikmahnya"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...