RSS

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,

Assalamualaikum wwbrkth,
Setiap kali tibanya Ramadhan sudah pasti umat Islam seluruh dunia akan mengadakan pelbagai persiapan bagi menghadapinya. Memang tidak dinafikan, persiapan mental dan spiritual sangat penting terutamanya bagi menghadapi ujian puasa seperti ini kerana bulan ini sarat dengan pelbagai ujian, cubaan dan cabaran. Barangkali ada hikmahnya mengapa kategori orang berpuasa dibahagikan kepada puasa awam, pertengahan dan tingkat tinggi kerana sudah tentu bagi mereka yang berpuasa, cara pengisian itu sangat berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan ibadah puasa selain dari mempelbanyakkan solat sunat, sedekah, membaca quran/tadarus yang sudah menjadi amalan rutin umat Islam sepanjang bulan puasa ini.
1. Anda seorang yang sangat suka membaca al-Quran, itu sangat bagus - tetapi sebaik-baiknya pada bulan puasa ini anda membaca al-Quran berserta maksud dan tafsirnya sekali. Kalau selama ini anda asyik mempelajari al-Quran dengan lidah yang sukar untuk diperbetulkan sehingga keusia tua, maka ada baiknya tuan-puan disamping belajar membaca, belajarlah mempelajari maksud dan tafsirnya kerana dengan hanya membaca semata-mata tidak dapat mengubah perilaku kita-membaca al-Quran akan menambah nilai internal tetapi sekiranya anda menghayati maksud anda dapat mewujudkan ibadah secara external dan manfaatnya akan tumpah kepada orang lain. Justeru itu, mulai saat dan ketika ini disamping bertadarus - bacalah maksud dan tafsir al-Quran.
2. Sekiranya anda seorang yang suka solat sunat, itu sangat baik tetapi dalam bulan puasa yang mulia ini saya cadangkan supaya anda lebih banyak melakukan solat sunat dirumah (tidak dinafikan dimasjid lebih banyak pahala) tetapi ibadah secara bersendirian akan lebih menguji keikhlasan dan kejujuran sebenar ketika anda berhadapan dengan al-Khalik tanpa perhatian makhluk.
3. Sekiranya anda berasa letih dan lesu, kuatkan semangat anda kerana perasaan tersebut walaupun memang wujud kerana tidak mengambil makanan namun anda boleh melawannya dengan roh dan semangat berpuasa - buktinya perasaan letih akan hilanmg sekiranya anda berada dipasar atau shoping complex. Sebenarnya set mind anda yang mengatakan anda letih, cuba anda hidupkan semangat ramadhan bersama-sama kekuatan diri dan semangat yang teguh dalam ibadat khusus dan dalam pekerjaan anda nescaya anda dapat mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental secara berkesan.

Wallahua'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...